Saturday, February 26, 2011

sedetik lebih ....

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


..........LoVe U .....

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)

Friday, February 25, 2011

Bawal Putih Kukus Sos Tiram

Bawal Putih Kukus Sos Tiram


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal putih
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 batang lobak merah (hiris)
3 sudu sos tiram
3 biji limau kasturi
Cara:
1)Bersihkan ikan dan letak dalam bekas yang boleh dikukus.
2)Taburkan bahan-bahan hiris.
3)Letak sos tiram.
4)Perahkan limau kasturi.
5)Kukus selama 20 minit.
Cadangan Hidangan:
Hias dengan daun salad.

Menu for Diet : Jom Cube !!!

Pilihan sarapan pagi

1. semangkuk oat dan nescafe
2. sekeping capathi dan kuah dal dan secawan teh o
3.2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
4.Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
5.sekeping tosai dan nescafe
6. 2 ketul popia basah dan segelas teh o
7.2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
8.2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
9.2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.




Pilihan Makanan tengahari.
( kalau boleh padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan .)



1. 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
2.1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
3.satu senduk mee hoon goreng
4.1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
5.kweyteow sup
6.1/2 cawan makaroni goreng
7.1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
8.1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup dan beberpa ketul kentang.
9.1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
10.1/2 senduk nasi ayam dan ayam dada steam buang kulit.dan potongan timun,
11.1/2 senduk nasi ,ikan masak tiga rasa (makan isinya)dan 1/2 senduk sup sawi.
12.1/2 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
13.1/2 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
14.1 mangkuk wantan mee.
15.1/2 mangkuk pasta
16.1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kembung masak pindang dan 1/2 senduk sayur kubis
17.1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
18.1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

kalau hari cuti boleh ambil satu senduk penuh nasi tapi malam jangan makan ok,malam ambil desert ok. ingat.



Pilihan desert/atau makanan ganti makan malam/minum petang pun boleh.


1.2 ketul popia basah dan jus tembikai.
2.1 mangkuk rojak buah
3.sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
4.beberapa potong buah naga.( sangat baik diamalkan as snack , masa nonton tv)
5.5 keping biskut dan secawan milo panas.
6.2 keping vadai dan segelas lassi sejuk
7.1 mangkuk salad buah.
8.kunyah-kunyah sebiji carrot
9.semangkuk tau fu fah
10.satu biji jagung rebus.
11.segelas jus tomato.
12.seketul tahu sumbat dan segelas soya.
13.1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
14.1 cawan yogurt asli ( baik diamalkan setiap malam sebagai penganti dinner)
15.1 keping sandwich keju
16.seketul puding roti dan teh o
17.4 ketul cekodok he,he dan nescafe o ( peberet nih)

Diet Rasullulah SAW

Rupa-rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tak boleh main makan sahaja? Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini. Tak payah susah-susah makan pil untuk kurus? Insha Allah kalau ikut diet Rasullullah, kita tak akan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi tiada keraguan. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Diet untuk menaikkan dan menurunkan berat badan


Jumlah energi yang dihasilkan oleh makanan dan jumlah energi yang diperlukan tubuh untuk melakukan kegiatan sehari-hari diukur dalam satuan kalori. Diet untuk menaikkan atau menurunkan berat badan berdasarkan pada jumlah kalori yang dikonsumsi dan jumlah kalori yang dibakar tubuh untuk melakukan kegiatan. Jika orang mengkonsumsi kalori lebih banyak dari yang kita butuhkan maka mereka berat badannya akan naik. Berat badan akan turun bila mereka mengkonsumsi lebih sedikit kalori dari yang dibutukkan tubuh. Diet dengan tujuan untuk menaikkan atau menurunkan berat badan harus mengandung semua elemen makanan. Sebelum melakukan diet tertentu sebaiknya berkonsultasi terlebih dahulu dengan dokter atau ahli gizi.

Monday, February 14, 2011